Wednesday, October 28, 2009

Imam al-Bukhari: Ilmuan Hadith Terulung

Dalam bidang ilmu hadith, kita pasti mengenali tokoh ini. Seorang tokoh yang amat terkenal dengan kitabnya Sahih al-Bukhari, kitab rujukan utama dalam disiplin ilmu hadith. Post kali ini ingin berkongsi dengan pencinta ilmu, sedikit biodata ringkas Imam al-Bukhari.


Biodata Imam Bukhari


Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin al-Mughirah Bin Bardizbah al-Bukhari.

Tarikh Lahir: 13 Syawal 194 H (Jumaat)

Tempat Lahir: Negeri Bukhara (sebuah Bandar terkenal di Khurasan)

Gelaran: Abu Abdullah dan terkenal dengan panggilan al-Bukhari (nisbah kepada daerah kelahirannya)

Tarikh wafat: 30 Ramadhan 256 H bersamaan 31 Ogos 870M

Tempat wafat: Kampung Khartang, di daerah Samarkand

Umur: 62 tahun.


Peribadi Imam al-Bukhari


Beliau merupakan seorang yang warak, zuhud dan lemah lembut. Berjiwa halus dan mulia peribadinya tanpa mengira darjat, taraf dan peringkat usia masyarakat yang berhubung dengannya. Beliau merupakan salah seorang ulama’ mujtahid, apa yang diucapkannya itulah yang diamalkannya. Beliau juga meminati sukan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Antara sukan yang digemarinya ialah sukan memanah. Dikatakan, beliau merupakan seorang yang pakar dalam memanah dimana semua panahan yang beliau lakukan tepat pada sasarannya. Menurut pendapat Warraq (sahabat karibnya yang selalu bersamanya) dalam memanah hanya dua kali sahaja Imam al-Bukhari tidak tepat sasarannya.


Guru-guru Imam al-Bukhari:

1. Abu ‘Asim al-Nabil

2. Makki Bin Ibrahim

3. Muhammad Bin Isa al-Tiba’i

4. Ubaidillah Bin Musa

5. Muhammad Bin Salam al-Baikandi

6. Imam Ahmad Bin Hanbal

7. Ishak Bin Mansur

8. Khalad Bin Yahya Bin Sofwan

9. Ayub Bin Sulaiman Bin Bilal

10. Ahmad Bin Ishkab

Murid-murid Imam al-Bukhari:

1. Imam Abu Husin Muslim Bin Hajjaj al-Naisaburi (204-261 H)

2. Imam Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin al-Tirmidzi (210-279 H)

3. Imam Abu Bakar Muhammad Bin Ishak Bin Khuzaimah (223-311 H)

4. Imam Abu al-Fadl Ahmad Bin Salamah al-Naisaburi

5. Imam Muhammad Bin Nasir al-Marwazi

6. Al-Hafis Abu Bakar Bin Abi Daud Sulaiman Bin al-Asy’ath (230-316 H)

7. Al-Hafiz Abu Qassim Abdullah Bin Muhammad Bin Abdul Aziz al-Baghawi (214-317H)

8. Al-Hafiz al-Qadi Abu Abdullah al-Husin Bin Ismail al-Muhamili (235-330 H)

9. Imam Abu Ishak Bin Ibrahim Bin Mu’aqil al-Nasfi

10. Imam Abu Muhammad Hammad Bin Syakir al-Nisfi

11. Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Yusuf

Hasil Karya Imam al-Bukhari

1. Al-Tarikh al-Kabir

2. Al-Tarikh al-Awsat

3. Al-Tarikh al-Soghir

4. Al-Jami’ al-Kabir

5. Al-Musnad al-Kabir wa al-Tafsir al-Kabir

6. Kitab al-Hibah

7. Kitab al-Masbut

8. Raf’ul Yadain Fi al-Solat

9. Bir al-Walidain

10. Kitab al-Asyribah

11. Al-Qira’ah Khalf Imam

12. Kitab al-Du’afa

13. Qadaya al-Sahabah wa al-Tabi’in

14. Al-Tafsir al-Kabir

15. Al-Adab al-Mufarrad

Kitab-kitab Syarah al-Bukhari

1. Fath al-Bari, karya Ibn Hajar al-Asqalani (w.852 H)

2. A’alama al-Sunan, karya Imam Abu Sulaiman al-Khattabi al-Busti (w.388 H)

3. Al-Talwih Fi Syarh al-Jami’ al-Sahih, karya Imam Hafiz ‘Ala al-Din Mughaltai al-Turki al-Misri al-Hanafi (w.762H)

4. ‘Umdah al-Qari, karya Badr al-Din Mahmud Bin Ahmad al-A’ini al-Hanafi (w.855H)

5. Al-Kawakib al-Darari, karya Shams al-Din al-Kirmani (w.804H)

6. Syawahid al-Tawdih, karya Ibn al-Mulqan al-Syafi’I (w.804H)

7. Irsyad al-Sari, karya Ahmad Bin Ahmad al-Qastalani (w.923H)

Kedudukan dan Keistimewaan Sahih al-Bukhari

Sahih al-Bukhari adalah sebuah kitab hadis yang paling masyhur di kalangan umat Islam, khususnya mereka yang banyak membaca dan mengkaji tentang hadis. Kitab ini mengandungi hadis-hadis sahih sahaja:

1. Sahih al-Bukhari mendapat pengiktirafan ulama sebagai kitab yang menduduki tempat kedua selepas al-Quran sebagai sumber agama.

2. Kitab yang paling banyak dan tempat mengumpulkan hadis-hadis sahih berbanding kitab-kitab sebelumnya yang masih lagi bercampur dengan hadis yang berbagai martabat.

3. Kitab Sahih al-Bukhari adalah tapisan daripada 600,000 hadis yang dilakukan dalam masa 16 tahun.

4. Pengarangnya mempunyai keistimewaan dengan kekuatan hafalan anugerah Allah s.w.t. Beliau hanya menulis hadis di dalam kitab sahihnya selepas membersihkan badan dan sembahyang dua rakaat terlebih dahulu.

5. Susunannya begitu mantap, di mana hadis-hadisnya merangkumi semua topik penting dan dasar dalam Islam, antaranya: Akidah, Fiqh, Akhlak, Muamalat, Sirah, Tafsir, Manaqib, dan sebagainya.

6. Lebih kukuh lagi, perbahasan hadis disokong oleh nas-nas al-Quran yang bersifat qat’ie yang menunjukkan kebenaran hadis yang beliau tulis berdasarkan topik yang berkaitan.

7. Paling istimewa ialah beliau melakukan ijtihad dan sememangnya beliau digelar oleh ulama’ sezaman dengannya sebagai seorang yang faqih dan mujtahid.

8. Perawi-perawi yang mencapai jumlah puluhan ribu itu adalah kalangan mereka yang thiqah dan diakui oleh ulama’ sezaman dengannya.

Sekadar perkongsian ilmu bagi kita mengenali seorang tokoh hadis yang terulung. Kitab sahihnya menjadi sumber rujukan yang utama dalam bidang hadis. Tidak lengkap rasanya mempelajari ilmu hadis jika kita tidak mengenali tokohnya. Ibarat kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta.

Sekian...

No comments:

Post a Comment