Sunday, October 25, 2009

Salam Imtihan: Mudah-mudahan Mabruk semua!!!



Salam perjuangan!!!

Esok bermulanya musim peperiksaan di Unversiti Kebangsaan Malaysia. Esok juga ana akan menduduki satu paper ujian akhir bagi madah Pendidikan al-Quran. Satu madah yang diajar oleh Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Prof. Madya Dr. Muhd Najib Bin Abdul Kadir bagi sesi kuliah manakala tutor pula diajar oleh Dr. Azwira Bin Abdul Aziz.

Pendidikan al-Quran membicarakan tentang pendidikan melalui al-Quran yang melibatkan pelbagai aspek yang meliputi perkara-perkara asas tarbiah Islamiyyah yang terkandung dalam al-Quran dan juga membincangkan pelbagai uslub-uslub yang digunakan dalam al-Quran yang merupakan tarbiah yang terbaik kepada semua manusia.

Kitab yang digunakan adalah Ushul al-Tarbiah al-Islamiah wa Asaliibuha fi al-Bait Wa al-Madrasah wa al-Mujtama' karangan Abdul Rahman al-Nahlawi.


Apapun usaha perlu diteruskan bagi mengulangkaji pelajaran dalam ruang waktu yang ada ini bagi persediaan menghadapi ujian akhir petang esok. Insya-Allah.

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang. Berusahalah selagi terdaya. Mabruk semua!!!. Juga sahabat yang bakal menduduki ujian walaupun di mana pun anda berada. Semoga berjaya!!!


Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t dengan harapan mudah-mudahan Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kita dan memberikan kepada kita ketenangan ketika menjawab peperiksaan.

Di kesempatan ini, ana memohon kemaafan jika terdapat salah silap sepanjang pertemuan di sepanjang meniti persahabatan ini. Semoga kita sama-sama memperolehi kejayaan. Insya-Allah.

Usaha, Doa dan Tawakkal.

Semoga berjaya!!!

Mabruk semua...

No comments:

Post a Comment