Friday, October 30, 2009

Warkah Buat Sahabat!!!

Salam Ulangtahun Buat Sahabat di Universiti Sains Islam Malaysia. Kullu 'Am wa Antum bi Khoir. Mudah-mudahan hidupmu diberkati dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat hendaknya. Semoga terus sukses dan SUKSIS di USIM..

Cikgu In kito thow.. Ha3.. Ustaz Jai USIM... Ap Bestday la deh! Hihi.. Okes..

Buat teman-teman..

TINTA UKHUWAH

Ku garap tinta ukhuwah..
Dari tulus persahabatan ini..
Dengan selautan memori..
Yang tersimpan di hati..
Ku coret bisikan jiwa..
Ku terjemah bahasa gema..
Dari kalbu yang hina..
Mengkhabarkan berita..
Cerita kisah lalu..
Tersemat utuh di hati..
Menjadi khazanah berharga..
Dalam ukhuwah kita..
Sekali pena ini menitip kalam..
Sederu rasa tercurahkan..
Pautan ingatan yang tidak pernah padam..
Dalam kamus kehidupan..
Biarpun sekalis lupa..
Biarpun secalit alpa..
Walaupun terpalit hina..
Akan terus tabah menghadapinya..
Tinta ukhuwah ku abadikan..
Pada yang mengenal erti persahabatan..
Buat teman perjuangan..
Biarpun dalam kenangan..
Setulus rasa cinta..
Sesubur rasa kasih..
Tidak perlu malu diluahkan..
Pasti wujud dalam hakikat kehidupan..
Jauh mahupun dekat..
Peranan tetap diutamakan..
Biarpun tidak sesempurna teman..
Namun tetap berpegang ikatan..
Ukhuwah ini tidak indah tanpa ingatan..
Ukhuwah ini tidak kuat tanpa sokongan..
Ukhuwah ini tidak murni tanpa penghargaan..
Ukhuwah ini tidak utuh tanpa pengorbanan..
Sekalipun ada perselisihan..
Sekalipun timbul kekeliruan..
Namun ukhuwah membatasi..
Dengan berjuta kemaafan..
Hidup tetap diteruskan..
Perjuangan terus dilaungkan..
Atas paksi keimanan..
Agar menemui redha-Nya..
Biarpun hati merintih sepi..
Biarpun jiwa merakam sunyi..
Namun persahabatan ini..
Mengisi ruang kekosongan..
Semalam bukan hari ini..
Hari ini bukannya esok..
Nilainya pasti berbeza..
Bagi yang menghargainya..

TINTA UKHUWAH
12.00 P.M

Wednesday, October 28, 2009

Imam al-Bukhari: Ilmuan Hadith Terulung

Dalam bidang ilmu hadith, kita pasti mengenali tokoh ini. Seorang tokoh yang amat terkenal dengan kitabnya Sahih al-Bukhari, kitab rujukan utama dalam disiplin ilmu hadith. Post kali ini ingin berkongsi dengan pencinta ilmu, sedikit biodata ringkas Imam al-Bukhari.


Biodata Imam Bukhari


Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin al-Mughirah Bin Bardizbah al-Bukhari.

Tarikh Lahir: 13 Syawal 194 H (Jumaat)

Tempat Lahir: Negeri Bukhara (sebuah Bandar terkenal di Khurasan)

Gelaran: Abu Abdullah dan terkenal dengan panggilan al-Bukhari (nisbah kepada daerah kelahirannya)

Tarikh wafat: 30 Ramadhan 256 H bersamaan 31 Ogos 870M

Tempat wafat: Kampung Khartang, di daerah Samarkand

Umur: 62 tahun.


Peribadi Imam al-Bukhari


Beliau merupakan seorang yang warak, zuhud dan lemah lembut. Berjiwa halus dan mulia peribadinya tanpa mengira darjat, taraf dan peringkat usia masyarakat yang berhubung dengannya. Beliau merupakan salah seorang ulama’ mujtahid, apa yang diucapkannya itulah yang diamalkannya. Beliau juga meminati sukan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental. Antara sukan yang digemarinya ialah sukan memanah. Dikatakan, beliau merupakan seorang yang pakar dalam memanah dimana semua panahan yang beliau lakukan tepat pada sasarannya. Menurut pendapat Warraq (sahabat karibnya yang selalu bersamanya) dalam memanah hanya dua kali sahaja Imam al-Bukhari tidak tepat sasarannya.


Guru-guru Imam al-Bukhari:

1. Abu ‘Asim al-Nabil

2. Makki Bin Ibrahim

3. Muhammad Bin Isa al-Tiba’i

4. Ubaidillah Bin Musa

5. Muhammad Bin Salam al-Baikandi

6. Imam Ahmad Bin Hanbal

7. Ishak Bin Mansur

8. Khalad Bin Yahya Bin Sofwan

9. Ayub Bin Sulaiman Bin Bilal

10. Ahmad Bin Ishkab

Murid-murid Imam al-Bukhari:

1. Imam Abu Husin Muslim Bin Hajjaj al-Naisaburi (204-261 H)

2. Imam Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin al-Tirmidzi (210-279 H)

3. Imam Abu Bakar Muhammad Bin Ishak Bin Khuzaimah (223-311 H)

4. Imam Abu al-Fadl Ahmad Bin Salamah al-Naisaburi

5. Imam Muhammad Bin Nasir al-Marwazi

6. Al-Hafis Abu Bakar Bin Abi Daud Sulaiman Bin al-Asy’ath (230-316 H)

7. Al-Hafiz Abu Qassim Abdullah Bin Muhammad Bin Abdul Aziz al-Baghawi (214-317H)

8. Al-Hafiz al-Qadi Abu Abdullah al-Husin Bin Ismail al-Muhamili (235-330 H)

9. Imam Abu Ishak Bin Ibrahim Bin Mu’aqil al-Nasfi

10. Imam Abu Muhammad Hammad Bin Syakir al-Nisfi

11. Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Yusuf

Hasil Karya Imam al-Bukhari

1. Al-Tarikh al-Kabir

2. Al-Tarikh al-Awsat

3. Al-Tarikh al-Soghir

4. Al-Jami’ al-Kabir

5. Al-Musnad al-Kabir wa al-Tafsir al-Kabir

6. Kitab al-Hibah

7. Kitab al-Masbut

8. Raf’ul Yadain Fi al-Solat

9. Bir al-Walidain

10. Kitab al-Asyribah

11. Al-Qira’ah Khalf Imam

12. Kitab al-Du’afa

13. Qadaya al-Sahabah wa al-Tabi’in

14. Al-Tafsir al-Kabir

15. Al-Adab al-Mufarrad

Kitab-kitab Syarah al-Bukhari

1. Fath al-Bari, karya Ibn Hajar al-Asqalani (w.852 H)

2. A’alama al-Sunan, karya Imam Abu Sulaiman al-Khattabi al-Busti (w.388 H)

3. Al-Talwih Fi Syarh al-Jami’ al-Sahih, karya Imam Hafiz ‘Ala al-Din Mughaltai al-Turki al-Misri al-Hanafi (w.762H)

4. ‘Umdah al-Qari, karya Badr al-Din Mahmud Bin Ahmad al-A’ini al-Hanafi (w.855H)

5. Al-Kawakib al-Darari, karya Shams al-Din al-Kirmani (w.804H)

6. Syawahid al-Tawdih, karya Ibn al-Mulqan al-Syafi’I (w.804H)

7. Irsyad al-Sari, karya Ahmad Bin Ahmad al-Qastalani (w.923H)

Kedudukan dan Keistimewaan Sahih al-Bukhari

Sahih al-Bukhari adalah sebuah kitab hadis yang paling masyhur di kalangan umat Islam, khususnya mereka yang banyak membaca dan mengkaji tentang hadis. Kitab ini mengandungi hadis-hadis sahih sahaja:

1. Sahih al-Bukhari mendapat pengiktirafan ulama sebagai kitab yang menduduki tempat kedua selepas al-Quran sebagai sumber agama.

2. Kitab yang paling banyak dan tempat mengumpulkan hadis-hadis sahih berbanding kitab-kitab sebelumnya yang masih lagi bercampur dengan hadis yang berbagai martabat.

3. Kitab Sahih al-Bukhari adalah tapisan daripada 600,000 hadis yang dilakukan dalam masa 16 tahun.

4. Pengarangnya mempunyai keistimewaan dengan kekuatan hafalan anugerah Allah s.w.t. Beliau hanya menulis hadis di dalam kitab sahihnya selepas membersihkan badan dan sembahyang dua rakaat terlebih dahulu.

5. Susunannya begitu mantap, di mana hadis-hadisnya merangkumi semua topik penting dan dasar dalam Islam, antaranya: Akidah, Fiqh, Akhlak, Muamalat, Sirah, Tafsir, Manaqib, dan sebagainya.

6. Lebih kukuh lagi, perbahasan hadis disokong oleh nas-nas al-Quran yang bersifat qat’ie yang menunjukkan kebenaran hadis yang beliau tulis berdasarkan topik yang berkaitan.

7. Paling istimewa ialah beliau melakukan ijtihad dan sememangnya beliau digelar oleh ulama’ sezaman dengannya sebagai seorang yang faqih dan mujtahid.

8. Perawi-perawi yang mencapai jumlah puluhan ribu itu adalah kalangan mereka yang thiqah dan diakui oleh ulama’ sezaman dengannya.

Sekadar perkongsian ilmu bagi kita mengenali seorang tokoh hadis yang terulung. Kitab sahihnya menjadi sumber rujukan yang utama dalam bidang hadis. Tidak lengkap rasanya mempelajari ilmu hadis jika kita tidak mengenali tokohnya. Ibarat kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta.

Sekian...

Tuesday, October 27, 2009

Insan Yang Teristimewa

Bingkisan suaranya yang ku kasih
Terngiang merdu di telingaku
Membawa diriku melagukan rindu
Menghiburkan jiwa yang merindu

Wajah tenang tergambar di fikiran
Menenangkan gelora resah jiwaku
Terpesona pandangan mataku
Padanya yang menambat kalbuku

Tidak ku pinta pertemuan ini
Menyuburkan kembali rasa kasih
Membuahkan ketenangan naluri
Menyemai ikatan tulus murni

Senyuman yang ku rindu kini
Wajah yang ingin ku tatapi
Namun jarak terus membatasi
Melihat realiti permata hati

Redup matamu penuh harapan
Membuat jiwaku terkesan
Malumu melafazkan kata
Kekadang terucap mencuit jiwa

Insan yang ku rindu
Jauh dari pandanganku
Semoga ada ruang waktu
Untukku bersama denganmu

Ingin sekali ku di sampingmu
Ingin sekali rapat denganmu
Agar bertambah rasa kasihku
Mekar subur di taman hatiku

Ketenangan yang ku rasakan
Bila diriku dekat denganmu
Amat ku rindukan saat itu
Hadir lagi dalam hidupku

Kau terlalu istimewa
Mengisi ruang hatiku
Kembali mewarnai seri
Yang sekian lama sepi

Indahnya perasaan di jiwa
Mengenali seorang insan
Yang luhur budinya
Yang indah pekertinya


Insan Yang Teristimewa
27 Oktober 2009
2.22 A.M

Sunday, October 25, 2009

Salam Imtihan: Mudah-mudahan Mabruk semua!!!



Salam perjuangan!!!

Esok bermulanya musim peperiksaan di Unversiti Kebangsaan Malaysia. Esok juga ana akan menduduki satu paper ujian akhir bagi madah Pendidikan al-Quran. Satu madah yang diajar oleh Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Prof. Madya Dr. Muhd Najib Bin Abdul Kadir bagi sesi kuliah manakala tutor pula diajar oleh Dr. Azwira Bin Abdul Aziz.

Pendidikan al-Quran membicarakan tentang pendidikan melalui al-Quran yang melibatkan pelbagai aspek yang meliputi perkara-perkara asas tarbiah Islamiyyah yang terkandung dalam al-Quran dan juga membincangkan pelbagai uslub-uslub yang digunakan dalam al-Quran yang merupakan tarbiah yang terbaik kepada semua manusia.

Kitab yang digunakan adalah Ushul al-Tarbiah al-Islamiah wa Asaliibuha fi al-Bait Wa al-Madrasah wa al-Mujtama' karangan Abdul Rahman al-Nahlawi.


Apapun usaha perlu diteruskan bagi mengulangkaji pelajaran dalam ruang waktu yang ada ini bagi persediaan menghadapi ujian akhir petang esok. Insya-Allah.

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang. Berusahalah selagi terdaya. Mabruk semua!!!. Juga sahabat yang bakal menduduki ujian walaupun di mana pun anda berada. Semoga berjaya!!!


Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t dengan harapan mudah-mudahan Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kita dan memberikan kepada kita ketenangan ketika menjawab peperiksaan.

Di kesempatan ini, ana memohon kemaafan jika terdapat salah silap sepanjang pertemuan di sepanjang meniti persahabatan ini. Semoga kita sama-sama memperolehi kejayaan. Insya-Allah.

Usaha, Doa dan Tawakkal.

Semoga berjaya!!!

Mabruk semua...

Thursday, October 22, 2009

Penatnya mendaki Gunung Jerai!!!


Pada 16 hingga 18 Oktober 2009 yang lalu, ana sekali lagi berkesempatan mengikuti program anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah biarpun ana bukannya anak kelahiran Kedah. Kerana ana anak Kelantan. Nama program tersebut ialah Kem Pesona Hijau Kuning 2009. Bertempat di Kem Rekreasi Gunung Jerai, Kedah Darul Aman.


Nak citer laa sikit kronologi kem tersebut. Nak kongsi-kongsi pengalaman mendaki Gunung Jerai nih. Hihi..

Kami bertolak ke Gunung Jerai dari Pusanika UKM sekitar jam 11.00 malam 15 Oktober 2009. Tiba kat kaki Gunung Jerai sekitar jam 8.30 pagi 16 Oktober 2009.


Lepas tu, kami sarapan dulu makan meehun goreng. Kemudian, kami pun warming up la.. Di ketuai oleh Ketua Pengarah program saudara Ezo. Hehe. Ana masa tu tak warming up pun. Sibuk duk tangkap gambar orang. Haha..


Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami pun mula mendaki. Huh.. Penatnye.. Sambil-sambil mendaki posing-posing la kamera. Ambik gambar. Hihi..


Ana ni biasa la kalu bab mendaki mesti nak duduk depan. Ingat ke dekat. Huh jauh.. Ikut jalan raya. Bengkang-bengkok jalannya. Sesekali tu mendaki ler jugak. Ikut jalan pintas. Mencabar la sikit.



Ana jauh di hadapan bersama-sama beberapa orang teman. Malas nak tunggu orang kat belakang. Lambat. Entah berapa kelompok lagi kat belakang tu. Pendakian diteruskan.


Kekadang berhenti rehat sekejap. Letih. Lenguh kaki nih. Minum-minum air. Tangkap gambar. Macam-macam ada. Hihi..

Meneruskan perjalanan. Dan akhirnya selepas lebih kurang 6 jam mendaki. Kami pun sampai. Yang paling bestnya. Ana dan Izuddin (Palapes) yang sampai dulu daripada kalangan kami yang mendaki hingga ke Kem Rekreasi. Apalagi tunggu la yang lain.



Sampai tu, kami pun makan. Lepas tu, kami pun berehat. Ana pun tidur la kat pondok tu. Hihi.. Bangun tu, kami solat. Buat jamak jer. Pasang khemah laa lepas tu. Petang tu tak da aktiviti. Kiranya aktiviti bebas la. Kawan-kawan bersihkan kolam mandi kat situ. Ana tengok je. Malas main air. Sejuk beb. Hihi..


Sebelah malam pula, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan kami diberi nama Saja je… Haha.. Sengaja ana utarakan nama ini. Kami terdiri daripada 6 orang. Ana, Aswardi, Indra, Kak Su, Kak Norli dan Kak Jazs.. Masa tu kami kena bincang pasal menu untuk pertandingan memasak esok. Bahan utamanya adalah Sardin dan Telur.

Malam tu juga, kami ada buat BBQ. Bakar ayam dan sosej. Selesai bakar tu kami pun makan la. Takkan nak buang pulak.. Malam itu kami tidur dalam kekenyangan. Ana satu khemah dengan K.A dan Zul (PKMK). Nyenyak la jugak tidur malam tu. Walaupun sekitar jam 2.00 pagi. Hujan turun dengan lebatnya. Habis khemah kami dimasuki air. Kami geng-geng lelaki ni pun pergi tidur la kat surau ramai-ramai..

Esok tu, seperti yang dirancang. Pertandingan Memasak. Sebelum tu kami pergi cari kayu api dulu. Lepas tu pertandingan pun bermula. Kami kumpulan Saja je ni paling riuh. Sampai urusetia pun naik meluat dengan kumpulan kami. Dengan trademark “Saje Je” membuatkan mereka naik menyampah dengan kumpulan kami.



Kami pun mula memasak. Macam-macam nama menu kami. Ana pun dah lupa. Banyak sangat. Sampai bahan mentah yang diberi pun habis. Kami mintak lagi kat urusetia. Hihi… Jam 1.15 petang, pertandingan pun tamat. Lepas tu juri-juri la yang round-round ke setiap kumpulan untuk menilai hasil kerja kami.



Petang tu pula, kami mendaki ke puncak Gunung Jerai. Ni angkara Farid la ni dengan cerita “Strawberi” nya. Geng-geng perempuan yang penuh semangat nak pergi tengok. “Semangat Strawberri”. Sampai ke puncak. Memang ada pokok strawberry tapi dalam peringkat awal lagi. Just bergambar kenang-kenangan di atas sana. Melihat pemandangan dan panorama yang amat mempesona pada paras ketinggian 1200 meter dari aras laut.



Malam, takda banyak aktiviti. Cuma malam tu majlis penutup je la. Majlis penyampaian hadiah. Bagi pertandingan memasak, Kumpulan Saje Je menduduki tangga kedua. Tapi kami menjadi Kumpulan Terbaik Kem Pesona Hijau Kuning 2009. Tahniah semua “Saje je”.. Hihi..

Lepas tu, kami makan la hadiah hamper yang kami dapat. Lepas tu, masing-masing pergi tidur. Kumpul tenaga. Esok nak berjalan turun pulak. Malam tu hujan jugak. Tapi mujurlah dah hampir dengan subuh. Terus bangun solat Subuh.

Hari terakhir tu, kami kemas barang-barang. Lepas tu bergambar kenangan-kenangan beramai-ramai. Kami pakai baju program yang berwarna Oren. Lepas tu, kami pun turun. Perjalanan turun memang memenatkan. Rasanya lebih penat dari mendaki. Ana berada di barisan paling belakang. Tak larat. Rasa macam nak tercabut lutut nih. Kelompok paling last sampai ke kaki Gunung Jerai.. Hihi..


Lepas tu, kami ke Pekan Rabu di Alor Star. Jalan-jalan jer. Sekitar jam 5.00 petang, kami pun bertolak pulang ke UKM. Kami tiba lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Balik tidur laa…

Itulah, pengalaman mendaki Gunung Jerai. Biarpun ini bukan pengalaman kali pertama mendaki gunung atau bukit. Tapi ia tetap menyeronokkan dan mencabar ketahanan fizikal dan mental. Menguji kesabaran untuk sampai ke destinasi…

Okla.. Saje Je.. Nak cerita.. Hihi..


Monday, October 5, 2009

Kau Pergi Jua Sahabatku!!!

Ana menulis post ini dalam kesibukan waktu di UKM ini. Banyak assignment yang belum disiapkan lagi. Sekadar mengambil kesempatan mengucapkan selamat jalan kepada sahabatku Mohd Fakhruddin @ Affan yang akan bertolak ke Mesir pada hari ini. Tahniah buatmu sahabatku! Syabas! Teruskan perjuanganmu.



Baru sekejap tadi ana menelefon kepadanya mengucapkan selamat jalan dan memohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk bersama-sama di tempat berlepas. Sedih juga rasa hati ini. Maklumlah dua tahun lepas juga diri ini tidak berkesempatan untuk bersama Azizi, Hamidul dan Nasrun di tempat berlepas. Hari ini rasanya tidak juga berkesempatan untuk perkara yang sama.


Maafkan diri ini sahabat. Sebak rasanya. Antara sedih dan gembira. Sedih kerana perpisahan ini. Gembira kerana kau berjaya ke sana. Apapun Selamat Berjuang Sahabatku. Semoga selamat sampai ke bumi al-Azhar. Belajar rajin-rajin. Diri ini akan sentiasa mendoakanmu sahabatku. Semoga pulang membawa kejayaan. Membawa selautan ilmu warisan ulama’. Untuk berbakti di bumi nusantara. Selamat Berjuang dan Selamat Jalan. Mudah-mudahan menemui sinar kejayaan di bumi para anbiya’. Universiti al-Azhar.