“Nok pekena sup belut mana kita ni?”
“Sekali sekala, makan besar sikit..”
Mencari arah lokasi persinggahan
bagi menjamu selera. Kadang-kadang di restoren Pantai Sri Tujuh, di deretan
kedai Pantai Geting, di restoren Kubang Batang atau di mana sahaja yang
menyediakan hidangan ukhuwah ini. Kebiasaannya bagi memenuhi keinginan kerana
sudah lama tidak menjamahnya beramai-ramai. Yang menjadikan menu ini special
di hati ini, adalah di sebaliknya, tersimpan memori tersendiri dan ianya sarat
dengan nilai ukhuwah sesama kami. Sekali-sekala berkumpul menikmati juadah
istimewa ini sambil berbual mesra.
Begitulah kisah menarik ukhuwah
ini. Ada menu ukhuwahnya yang tersendiri. Sup belut, paprik belut, belut
goreng, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Ianya menjadi menu pilihan
ukhuwah yang sering dipesan di meja makan hingga ke hari ini. Menikmati
keenakan menu pilihan ini di lokasi-lokasi pilihan kami. Pantang di mana sahaja
kedengaran tersohor menyediakan menu pilihan ini, pasti kami akan ke sana
mencubanya.
Begitulah uniknya ukhuwah ini,
hinggakan mempunyai menu istimewanya tersendiri yang sering menjadi pilihan
bersama apabila ingin makan sedikit istimewa. Menjadi kebiasaan ukhuwah ini
apabila sesekali berada di meja makan memesan menu ini. Bagaikan ianya telah
sebati dengan ukhuwah ini sejak zaman persekolahan lagi.
Menu dulu-dulu..
“Sup kepok so Kak Lah..”
“Mak cik, acu ambik tibek sebutir, karipap sebutir..”
“Bubuh palo kepok etek, Mak
cik..”
Pesanan makanan yang masih
terngiang-ngiang di ingatan insan ini. Pastinya teringat akan menu-menu
kegemaran teman-teman di kantin Meheliah. Menu-menu yang sering menjadi pilihan
kami di kantin sekolah. Pasti riuh rendah dengan gelagat teman-teman,
berebut-rebut memesan menu tersebut suatu ketika dulu sambil mengusik
pekerja-pekerja kantin yang sabar melayan karenah dan gelagat kami di kantin
sekolah.
Zaman persekolahan yang penuh
nostalgia. Menu-menu inilah mewarnai hari-hari kami di kantin sekolah tercinta.
Mengingatkannya kini pasti mengusik rindu di hati. Sudah lama tidak menjamah
juadah istimewa yang dihidang di sana. Juadah yang menyimpan pelbagai kisah
ukhuwah ini semasa masih bersama di medan ilmu suatu ketika dahulu. Juadah yang
menjadi gelaran di hujung nama seorang teman. Panggilan yang masih kekal hingga
ke hari ini di kalangan teman-teman. Pasti ianya akan kekal sampai bila-bila.
Menu mesra ukhuwah, memutik rasa
halawah, mencetus nikmat mahabbah!!!
No comments:
Post a Comment