“Sudah lama rasanya kita tidak keluar ‘dating’ bersama..”
Mencari ayat yang sedikit ‘luar
biasa’ untuk mengajak sahabat keluar bersama. Sengaja mencari kelainan dalam berukhuwah
melalui cara ajakan bertinta di ruang teknologi. Sering kali ayat-ayat ini hanya
untuk pasangan kekasih. Adakalanya diguna insan ini untuk mengajak teman-teman
keluar. Ya, sahabat itu insan istimewa juga. Selayaknya kadang-kala menggunakan
bahasa-bahasa yang sedikit romantis. Pasti akan menyegarkan suasana ikatan
ukhuwah dengan cara yang sedikit berbeza. Sepatah kata yang amat jarang juga
diterima insan ini bila diajak teman-teman.
Tak malu ke? Malu hanya jika kita
tidak menganggap sahabat kita sebagai insan istimewa. Ia bukannya menjadi satu
kesalahan dalam berukhuwah. Menggunakan ayat-ayat romantis pasti akan menjentik
perasaan sahabat kita. Hatinya mungkin akan berbunga ceria. Mungkin juga
membuatkannya menguntum senyuman bahagia. Mungkin juga membuatkannya
mengeleng-geleng kepala. ‘Ada-ada saja kamu ni, sahabatku!!!’. Bukan
selalu pun kita mampu bermanja dengan sahabat kita. Ya, mungkin kerana kita
malu atau kerana kita tidak mahu. Kalau anda ingin tahu apa reaksi sahabat
anda, apa kata anda cuba sendiri. Ada berani???
Rasa dekat dan akrab. Itulah
kuasa sepatah kata. Harga sepatah bicara. Seringkali kita memandang remeh
terhadapnya. Tanpa kita sedari ianya begitu bermakna. Ukhuwah yang dirasa
biasa-biasa akan terasa lebih istimewa dan lebih bermakna. Mana tidaknya,
menerima kata-kata romantis daripada sahabat kita adalah perkara yang pasti
jarang terjadi. Adakalanya hampir sahaja tiada. Itulah keistimewaannya di sini.
Sesuatu yang ‘luar biasa’ pasti menjadikan ianya amat bermakna.
Sekian lama kita bersama sahabat
kita. Meniti ukhuwah yang dibina. Jika dia seorang sahabat, dia pasti memahami
kita. Kerana dia mengenali kita. Ada gurauan manja di sebalik sepatah kata.
Romantis bunyinya seakan seorang kekasih menyapa pujaan hatinya. Hakikatnya dia
seorang sahabat. Ya, sahabat yang unik. Kata-katanya mampu menusuk sukma.
Menyuntik segala keindahan rasa. Ukhuwah ternampak serinya.
Jangan biarkan sahabatmu
menanti..
“ Wassalam.. Maaf laa
.. Tak perasan kau hantar mesej..”
Khabarkanlah sesuatu jika ter‘miss’
atau tidak perasan akan panggilan atau mesej daripada sahabat kita. Jangan
biarkan sahabatmu menanti kerana penantian itu satu penyeksaan. Mungkin ada hal
penting yang ingin disampaikan kepada kita. Mungkin juga mereka memerlukan
bantuan daripada kita. Biarpun padanya sekadar dia ter‘miss’ call
sahaja. Atau hanya sekadar untuk bertanya situasi kita. Kita tidak tahu!
Mengapakah sering kita berdiam
tanpa membalasnya?. Jaga dan raikanlah hati sahabat-sahabat kita sebagaimana
kita berasa suka bila hati kita juga dijaga dan dirai oleh mereka. Jika tiada
kredit untuk membalasnya, carilah alternatif yang lain. Seharusnya kita
mengkhabarkan keberadaan kita. Mungkin sebelum ini, kita belum bersedia, tidak
perasan dan sebagainya. Sekalipun jika dia meminta sesuatu, kita tidak mampu
menunaikannya. Kita harus memberitahu situasi kita. Agar dia juga memahami
keadaan kita ketika itu. Jangan menganggap ianya satu bebanan, kerana
berukhuwah itu merupakan satu tuntutan.
Apa yang kita rasa jika kita berada pada situasi sahabat kita itu? Jika kita pada saat itu amat memerlukannya. Tapi dia membisu tanpa bicara. Juga tidak membalas apa-apa. Pasti akan timbul prasangka sinis di hati kita. Kenapa dan mengapa? Saat itu hati kita boleh sahaja mengungkit segalanya. Jiwa kita pasti memberontak. Kita tidak tahu, kadang-kadang dia meluahkan kekesalannya terhadap sikap kita kepada yang lain. Bukankah itu mengeruhkan suasana ukhuwah yang ada?. Sebab sikap kita yang tidak meraikannya sedangkan itu adalah tugas dan peranan kita dalam berukhuwah. Justeru, salah siapa? Tanyalah diri kita.
Apa yang kita rasa jika kita berada pada situasi sahabat kita itu? Jika kita pada saat itu amat memerlukannya. Tapi dia membisu tanpa bicara. Juga tidak membalas apa-apa. Pasti akan timbul prasangka sinis di hati kita. Kenapa dan mengapa? Saat itu hati kita boleh sahaja mengungkit segalanya. Jiwa kita pasti memberontak. Kita tidak tahu, kadang-kadang dia meluahkan kekesalannya terhadap sikap kita kepada yang lain. Bukankah itu mengeruhkan suasana ukhuwah yang ada?. Sebab sikap kita yang tidak meraikannya sedangkan itu adalah tugas dan peranan kita dalam berukhuwah. Justeru, salah siapa? Tanyalah diri kita.
Ya, kita tidak tahu apa yang
mereka rasakan, apa yang mereka luahkan bahkan apa yang mereka ungkitkan.
Tetapi sebagai sahabat, adakalanya kita perlu sentiasa peka dengan tugas dan
peranan kita sebagai sahabat mereka. Kita adakalanya perlu berada pada situasi
sahabat kita. Kita jangan ego. Ingat, suatu masa kita juga mungkin
memerlukannya sepertimana dia memerlukan kita. Hidup ini seperti roda,
kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Adakalanya kita
diperlukan dan adakalanya kita memerlukan. Justeru, kikis dan buanglah sikap
ego dan sikap hanya mementingkan diri sendiri.
Begitulah dalam berukhuwah. Ada
hati yang harus dijaga dan dirai oleh kita. Ya, sahabat-sahabat kita.
Permudahkanlah urusan mereka, insya-Allah urusan kita juga akan dipermudah. Jagalah
hati dan perasaan mereka, insya-Allah hati dan perasaan kita juga akan dijaga. Jangan
membiarkan mereka merasa ‘kosong’ bersahabat dengan kita. Sebaliknya,
cubalah kita buat mereka berasa yang diri kita benar-benar bersahabat dengan
mereka. Bukan hanya atas dasar nama atau hanya sekadar sahabat lama tetapi biarlah
atas dasar sahabat untuk selama-lamanya. Itulah persahabatan. Saling berkongsi
dan saling prihatin terhadap sesama kita. Di situlah peranan kita!
Biar sekadar sepatah kata, itulah
bukti kita terus meraikan ukhuwah kita!!!
No comments:
Post a Comment